Mobile Studio Photographer

Professional Photographer for Convocations, Wedding, Corporate Event, Portraiture, Model's Portfolios etc

Wednesday, July 29, 2009

Sape Aku...

Sebenarnye aku tak tau kat mane nak start.. yg nyatenye aku sebenarnye dari dulu tak penah ade fotopages, blog ke whatsoever utk publish kerja2 photo aku walaupun dah dekat 10 tahun aku berkecimpung dalam bidang ni..aku pun tak tau nape tp alhamdulillah job aku tak penah putus even projek besar pun still aku bole dapat alhamdulillah..so skarang ni aku cuba sedaya upaya aku untuk selalu update dalam blog ni dan nak lebih aktif dalam bidang yg memang aku minati ni..Rasenye dulu tak ramai yg berminat utk jadi photographer tapi skarang alhamdulillah aku tengok macam cendawan tumbuh di pagi yg hening..hehe..so sebenarnya aku suka sgt ngan bidang ni coz aku dapat kepuasan dan bila kita buat keje dengan penuh minat serta kita puas, client kita lagi la puas..kalo nak citer pasal duit ..memang la, sape yg buat keje taknak duit kan..yang aku nak tekan kat sini kalo hasil keje kita memuaskan hati kita sendiri so orang takkan persoalkan pasal duit..tapi agak2 la kalo nak charge pun..Lagi satu aku nak tekankan..pada aku walaupun aku dah 10 tahun bergelar photographer aku tak penah rase aku dah terrer sangat..banyak lagi yg aku rase aku perlu gali dan belajar..so pada mereka yang baru 2-3 tahun jadi photographer tak usah la nak sombong n nak tunjuk bagus..kat luar ade ramai lagi yg lebih bagus dari kita kalu kita rase kita dah bagus sangat..so fikir-fikirkanla..
Rasenye macam nak luahkan sejarah hidup aku kat sini...
Nama aku Farizal Mustaffa tapi ramai kenal aku dengan nama macha (maybe muka cam mamak kot)..Lahir di Jeram Selangor, tapi family duk kat Klang skarang..aku je yg tercampak kat Melaka dari kecik sampaila skarang ni...

Aku berschool kat SRK Banda Hilir, Sekolah Menengah kat Sekolah Tinggi Melaka, dapat masuk UiTM (masa aku belajo masih ITM lagi) amik Business Studies pastu keje pastu sambung kat Otago Politechnic of Dunedin New Zealand dalam bidang IT.. aku memang takde belajar secara formal tentang photography..:)

Sebenarnye aku tak sangka langsung yang aku akan terlibat dengan bidang photography ni..semuanya bermula masa aku bertugas sebagai wartawan kat The New Straits Time Press (M) Bhd pada hujung 1998 kalau tak silap..Dari situ aku mula berminat ngan photography... Memang masa tu aku total lost tentang kamera ni..huhu..aku belaja ngan otai2 kat NSTP tu spt (Abg Ibrahim, Hanis, Idzham, Shukor) dan ade juga aku belaja ngan reporter dari Utusan Malaysia masa tu..masa tu aku nak belaja sgt pun takle coz kamera aku just camera compact 30 hinggit beli kat Pasaraya Madam King...hahahaha nak beli yg beso takde duit lagi...

Masa memula joint NSTP aku memang pressure gila coz dahle tak tau nak amik gamba camne pastu nak karang story untuk publish dalam paper pun satu hal...nasib aku baik otai2 kat situ mmg tak lokek ilmu..Aku teringat arwah Tok Pakir Mohammed dan Chief Editor arwah En Azmi diorang la yg banyak mengajar aku selok belok bab penulisan kewartawanan...sedih pulak bila teringat kisah2 lama bersama mereka yg bnyk membantu aku masa tu...

Dipendekkan cerita aku kumpul duit dapatla beli kamera 2nd hand Nikon F56 (Smpai skarang ok lagi beb) start tu la aku mula serius ngan photography ni..pastu mula start nak cari duit lebih dgn amik gamba org kawin..masa tu sikit demi sdikit aku beli set studio untuk projek org kawin..memang bab gamba org kawin ni semuanya aku belajo sendiri je camne nak posing..(hafal posing dalam gambo2 yang aku tengok kat album mak andam..huhu)..

Pada zaman negatif tu memang kurang orang edit gambo la tak macam sekarang ni sumenye bole diedit..aku dikire kreatif gak masa tu coz aku scan gambar pastu edit..Cara edit plak kalo dipikir2kn memang lawak...huhu..gamba pengantin lelaki aku crop letak atas tapak tgn pgtn perempuan la...letak background kat sydney la..kalo skarang ni aku tengok balik gamba2 tu mesti gelak sensorang...hahahahha..Masa tu nama aku kire larisla dikalangan mak2 andam dan diorang suka keje ngn aku coz aku jenis yg tak kesah n suka buat lawak...

Masa pun beredar..sedar tak sedar dah banyak rupanye aku amik gamba pengantin kawin, event rasmi, korporat, group photo, hari keluarga dsbgnya..Sekitar tahun 2005, Nikon pun dah kluar DSLR D70..aku berpikir panjang masa tu nak beli ke tidak..sebab majoriti photographer 1 pun blum tukar ke DSLR...salah satu punca utama ialah belum tahu keupayaan DSLR, kualiti cetakan (masa tu tak bnyk kedai yg bole print digital) dan dari aspek kewangan...

rilek jap...


Saturday, July 4, 2009

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008 Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti 2 Jun 2009


Mobile Studio Photographer mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti seluruh negara yang berlangsung di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka.

Majlis yang berprestij ini disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Imran Idris, Ketua Pengarah JPPKK dan telah menyaksikan seramai lebih daripada 700 kakitangan dianugerahkan Khidmat Cemerlang bagi tahun 2008.

Sekali lagi Team Mobile Studio Photographer diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk merakamkan detik istimewa penerima anugerah sebagai satu kenangan yang membanggakan semasa dalam perkhidmatan.

-Farizal Mustaffa-

*Lagi gambar suasana Majlis Anugerah Cemerlang 2008 (Maaf gambar tak sempat edit :) )

Makluman
Semua gambar dan dvd bagi Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2008 telah siap sepenuhnya dan penghantaran telah dibuat secara berperingkat ke Kolej & Politeknik masing-masing...Harap maklum dan setinggi-tinggi tahniah buat semua..

Labels: , ,