
Majlis Konvokesyen Politeknik Johor Bahru (PJB) ke 11 telah berlangsung pada 14 Mei 2009 bertempat di Dewan Tertutup Pasir Gudang Johor. Seramai hampir 1200 pelajar telah dianugerahkan diploma dan sijil masing-masing dalam majlis yang berlangsung dengan penuh keceriaan. Mobile Studio Photographer telah menjadi jurugambar rasmi majlis konvokesyen Politeknik Johor Bahru ke 11 kali ini yang juga merupakan kali ke 5 Team Msphoto dilantik sebagai jurugambar rasmi. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa konvokesyen Politeknik Johor Bahru yang memberi kerjasama serta kepercayaan yang berterusan kepada kami. Kepada para graduan, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya.
Lagi gambar-gambar suasana Majlis Konvokesyen Ke 11, Politeknik Johor Bahru pada 14 Mei 2009
4 Comments:
Cayala buat semua graduan...Moga dipanjangkan umur n dapat bertemu lagi..
-aien-
Tahniah wat sume para graduan politeknik johor bahru 2009
Dear team Msphoto..
Salute laa.. saya dah dapat gambar saya. Cun giler...
hehe thankz :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home