Mobile Studio Photographer

Professional Photographer for Convocations, Wedding, Corporate Event, Portraiture, Model's Portfolios etc

Monday, May 18, 2009

Majlis Konvokesyen ke 11 Politeknik Johor Bahru

Majlis Konvokesyen Politeknik Johor Bahru (PJB) ke 11 telah berlangsung pada 14 Mei 2009 bertempat di Dewan Tertutup Pasir Gudang Johor. Seramai hampir 1200 pelajar telah dianugerahkan diploma dan sijil masing-masing dalam majlis yang berlangsung dengan penuh keceriaan. Mobile Studio Photographer telah menjadi jurugambar rasmi majlis konvokesyen Politeknik Johor Bahru ke 11 kali ini yang juga merupakan kali ke 5 Team Msphoto dilantik sebagai jurugambar rasmi. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa konvokesyen Politeknik Johor Bahru yang memberi kerjasama serta kepercayaan yang berterusan kepada kami. Kepada para graduan, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya.
- Farizal Mustaffa -

Lagi gambar-gambar suasana Majlis Konvokesyen Ke 11, Politeknik Johor Bahru pada 14 Mei 2009

Sunday, May 17, 2009

Makluman kepada Graduan Majlis Konvokesyen 2009 Politeknik Merlimau dan Johor Bahru

Adalah dimaklumkan kepada semua graduan Majlis Konvokesyen 2009 Politeknik Merlimau dan Johor Bahru yang tidak memulangkan kupon gambar pentas supaya memaklumkan kepada kami melalui no telefon yang disertakan pada kupon berkenaan atau email terus kepada kami melalui email : mobilestudiophoto@yahoo.com. Pihak kami tidak dapat menghantar gambar anda sekiranya kupon gambar pentas atau maklumat berkaitan penghantaran berkenaan tidak kami perolehi.

Sila rujuk ke laman web atau blog ini untuk mengetahui status penghantaran gambar pentas anda semasa menerima sijil/diploma dari masa kesemasa. Anda juga boleh menyemak secara online status penghantaran melalui pos berdaftar sehingga diberitahu kelak melalui blog ini.
Status Gambar Konvo Politeknik Merlimau as at 16 June 2009
- Sesi Pertama, Kedua & Ketiga selesai dicetak
- Sesi Pertama, Kedua & Ketiga selesai dipacking
- Sesi Pertama, Kedua & Ketiga telah mula dihantar secara berperingkat
- Gambar studio selesai editing

(Sila semak peti surat anda dari masa kesemasa)

Perhatian : No Giliran Gambar Pentas dibawah tidak dapat kami hantar berikutan tiada kupon maklumat peribadi yg sepatutnya anda hantar semasa majlis konvo PMM09 tempoh hari. Hubungi kami secara email / phone untuk maklumkan butiran anda segera. tq
  • A328
  • A486
  • B010
  • B036
  • B040
  • B093
  • B219
  • B277
  • B312
  • B324
  • B334
  • B345
  • C052
  • C139
  • C269

---------------------------------------------------------------------------
Status Gambar Konvo Politeknik Johor Bahru as at 24 June 2009
- Sesi Pertama & Kedua selesai dicetak
- Sesi Pertama & Kedua telah mula dihantar secara berperingkat
- Gambar studio selesai editing & cetakan
- Cd sofcopy gambar studio sedang diburn

Perhatian : No Giliran Gambar Pentas dibawah tidak dapat kami hantar berikutan tiada kupon maklumat peribadi yg sepatutnya anda hantar semasa majlis konvo PJB09 tempoh hari. Hubungi kami secara email / phone untuk maklumkan butiran anda segera. tq
  • A227
  • A282
  • A339
  • A358
  • A526
  • A551
  • B196
  • B215
  • B222
  • B249
  • B272
  • B276
  • B284
  • B379
- Farizal Mustaffa -

Labels:

Majlis Konvokesyen ke 5 Politeknik Merlimau Melaka

Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau ke 5 telah berlangsung pada 5 - 7 Mei 2009 bertempat di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka. Seramai hampir 1800 pelajar telah dianugerahkan diploma dan sijil masing-masing dalam majlis yang berlangsung selama tiga hari itu.

Mobile Studio Photographer telah menjadi jurugambar rasmi majlis konvokesyen PMM ke 5 kali ini yang juga merupakan kali ke 4 Team Msphoto dilantik sebagai jurugambar rasmi.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa konvokesyen Politeknik Merlimau yang memberi kerjasama serta kepercayaan yang berterusan kepada kami.
Kepada para graduan, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya.

Lagi gambar-gambar suasana Majlis Konvokesyen Ke 5, Politeknik Merlimau

- Farizal Mustaffa -

Labels:

Mobile Studio Photographer Blog

Salam buat semua..blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan dengan projek-projek yang dijalankan oleh Mobile Studio Photographer..Layari web dan blog kami untuk mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa di http://www.msphoto.com.my/ atau http://blog.msphoto.com.my/ Antara keluarga Mobile Studio Photographer
Bersama Skuad Perodua Era di Stadium Perbadanan Pasir Gudang...


- Farizal Mustaffa -

Labels: